Tentang saya...
Mula bertugas sebagai guru opsyen Bahasa Melayu pada tahun 1996 di Sungkai, Perak. Kerana kekurangan guru Bahasa Inggeris, maka saya diamanahkan untuk mengajar Bahasa Inggeris. Pada tahun 2002 tahun terakhir di Sungkai, Perak (walaupun pada masa itu sedang kendalikan batch pertama makmal komputer ) sebelum memulakan tugas di Bemban , Jasin, Melaka pada 1 Januari 2003. Di Jasin, saya meneruskan lagi tanggungjawab sebagai guru Bahasa Inggeris walaupun opsyen masih lagi Bahasa Melayu. Kita kena sentiasa 'Challenge the process' , maka pada hujung tahun 2003 dapat tawaran sambung pengajian dalam bidang TESL di UUM sepenuh masa. Cabaran bermula sebab belajar dengan status separuh gaji bersama isteri ( isteri ambil Teknologi Maklumat ). Tidak cukup cabaran itu, saya tambah lagi dengan mengambil elektif Bahasa Mandarin dan curi-curi buat assignment Multimedia dan Teknologi Maklumat. Dalam pada belajar juga, sempat menerima ahli baharu dalam keluarga bila isteri melahirkan anak kedua dengan tempoh cuti bersalin hanya satu minggu sahaja. Lagi satu rezeki belajar ialah , dapat pengiktirafan sebagai Networking Techinian 3com Asia. Kami teruskan perjuangan bila kita berjaya kawal mindset kita. Pada tahun 2007 kami tamatkan pengajian dengan jayanya. Kami berdua menitiskan air mata kerana kejayaan ini manis selepas menghadapi cabaran getir selama belajar separuh gaji.
Saya mengajar di SMK Datuk Bendahara, Jasin mulai 2007. Pada tahun 2016 , dapat berpindah pada Ogos 2016 ke SMK Seri Bemban. Tidak lama selepas itu, dilantik sebagai Penolong PPD untuk pengurusan HEM daerah Jasin pada Mac 2017. 3 Mei 2021, menerima tanggungjawab sebagai Ketua Penolong Pengarah , Sektor Sumber Teknologi Pendidikan.
Prinsip saya, cabaran itu adalah peluang dan kesusahan itu adalah ilmu yang berupaya membina kekuatan dan pengalaman.